Selasa, 14 Jun 2011

Pertemuan Gedik Santai bersama kawanku...

Minggu lepas sempat meluangkan masa bersama Himitsu, Azhar dan beberapa kenalan lain..
walaupun tiada niat pun hendak membuat 'gathering' besar besaran...namun tetap ada impaknya!!

bermula hari Khamis, Himitsu tiba & Lang jua turut serta meskipun diserang sakit perut pagi itu (moteeeeeppp??)...Himitsu memilih Vistana sebagai penginapan...mujur tiada bellboy bernama Kamarul disitu!!

Hari itu dihiasi persiapan hari lahir untuk Adamada yg diselerakan dengan kek ais krim Baskin robbins....sungguh lazat!!!!!!!!sebelum itu , Lang & Himitsu menikmati makan malam di tempat wajib terkini iaitu Octopus Sushi ...nyam2...itadakimasssssssssssss!!!

Adamada hadir malam itu ...majlis kecil kecilan itu disertai Lang, azhar & Himitsu tidak sepadan dengan kek yg besar...jawabnya seorang kena makan suku kek sebesar periuk itu !!!

Hari berikutnya dimulakan dengan solat Jumaat yg di tempat kebiasaan Lang...ini kali pertama bagi Himitsu di masjid serba baru dan berhawa dingin itu....sangat menyejukkan luaran & dalaman :)


Kemudian kami ke Jusco Kepong untuk bertemu Rohadi yg kecil molek yg baru berhijrah ke KL dan bekerja di situ.. Sebelum itu kami sempat makan di CRS dimana layanan penuh mesra oleh pelayan di situ sangat mengujakan... kemudian kami bertemu adi di tempat tugasnya...pertemuan sepatutnya mesra antara Lang- Adi bertukar kepada Adi-Azhar kerana rupanya masing-masing bekerja di syarikat yg sama, mendapat latihan yang sama namun bertugas di cawangan berlainan...!


Adi meminta diri sebentar untuk membuat tugasannya..kemudian kami ke kaunter derma darah oleh kerana Azhar beriya iya mahu menderma. Lang buat pertama kali menderma , manakala Himitsu turut tidak ketinggalan. Kami antara orang terakhir pada petang itu..

ketika baru hendak menderma, tiba berlaku insiden seorang penderma jatuh selepas bangun daripada baringan setelah selesai menderma..cuak juga staf perubatan disitu ....

Lang kemudian baru tahu darah Lang adalah AB yg hanya boleh menderma kepada darah AB sahaja...jadi merupakan golongan yg tidak perlu menderma banyak ...lain lah Azhar berdarah O yang merupakan golongan penderma universal (semua jenis darah boleh terima)

Oleh kerana pertama kali menderma, saiz urat yang kecil dan tekanan darah tidak sekuat mana, kelajuan titisan darah masuk ke beg darah amatlah perlahan ketika Lang menderma. Akibatnya staf perubatan di situ ada yg mengeluh...ada juga yg mengusik 'kemanjaan' darah Lang masuk ke beg darah itu!! moteefff sangat!!!!

proses itu diakhirkan stelah beg darah itu hampir penuh ...(namun tidak penuh) kerana mereka sudah mahu pulang dan tangan Lang pun sudah kebas dan rasa seram sejuk!!

pengalaman pertama itu diakhirkan dengan pemberian kad derma darah dan makanan percuma seperti air kotak, roti krim , biskut dan air tin...(kira ok la tu!!)

Kemudian kami terus ke panggung wayang ...menonton X-Men : First Class..

Filem ini teramatlah mengujakan...dari segi watak, jalan cerita, aksi dan CGI kerana Lang sendiri merupakan peminat komik X-Men sejak kecil!!  6 bintang daripada Lang!!!!!!!

Selesai filem itu, berlaku insiden selipar Azhar hilang di surau...aiyooo masih ada orang nak curi selipar Jepun di zaman ini ka? Akibatnya Azhar terpaksa membeli selipar baru dan menjadi modal sepanjang petang itu!

Malam itu kami menikmati makan malam di Santai , Cheras ...ketika Amin sedang sibuk melayan client nya. Sempat juga kami ke sana tu!!! Amin kemudiannya menyertai kami setelah selesai bersama clientnya..
Makanan di Santai itu semuanya berasa tawar...kurang rempah dan kurang umphh...namun oleh kerana kelaparan, habis jua!!

Kemudian aktiviti berkaraoke hingga jam 3 pagi dimulakan dengan kemunculan Dafi dari Bukit Jalil.
Malam itu Amin nyanyi dengan vokal letihnya, manakala persembahan duet Lang Himitsu paling mencuit selain lagu Kakek meraikan ulangtahun yg amat lucu dipersembahkan oleh Himitsu. Azhar mendapat pujian dengan Awan Terpilu versinya daripada peminat misteri!!


Keesokkannya, kami ke Bukit Bintang pula dan bertemu Fareed di situ. Makan makan di restoren Jepun  juga memuaskan hati. Kemudian kami ke Sg wang pula....dan Himitsu berbelanja sakan nampaknya..pantang Lang kata cantik, menarik, tertarik..terus digapainya!! Grrrrrr ... (geram sebab dapat tengok saja)   :-(

Di depan Low Yat pula terdapat pesta Angry Birds...sempat juga mencuci mata utk petang itu!!huhuhuhu

Kemudian Lang, Himitsu dan Azhar bertemu Mizan di Kepong pula...cantik juga rumah si Mizan ni...kemas sahaja...namun pabila buka beranda kondonya...ya ampun...di kelilingi jirat cina!!

Kami sempat melayan filem Kantonis sebelum bertolak untuk makan di Ampang.

Kami pun tiba di Eastern Crab yg pertama kali dijejaki. Kami dilayan dengan layanan kelas pertama daripada pemilik restoren ketika membuat pesanan dan juga ketika menikmati makanan. Masakan di situ enak juga namun pabila melihat bilnya ..terus demam!!!!

Setelah selesai makan di restoren ketam yg amat mewah itu, kami bermain boling di Ampang Superbowl pula.

Untuk game pertama Himistu menjuarai dengan 135 jatuhan pin diikuti Lang (102), Mizan (94) dan Azhar (68).
Di game kedua  Himitsu (126) dicabar rapat oleh Mizan (125) kemudian Azhar (96) dan Lang (89).
Di game ketiga, Mizan menjuarai dengan 142 pin diikuti Himitsu (113) , Lang (101) dan  Azhar (71)

secara totalnya Himitsu menjuarai dengan 374 diikuti Mizan (361), Lang (292) dan Azhar (235).

Ahad menjelma...dan merupakan episod hari itu dimulakan dengan pencarian parking di Midvalley!! akibat terlalu ramai hadir dan menyerbu parkir di tingkat bawah hari itu...akibatnya RM3 di bayar sia sia, kami mencari parkir di tingkat atas pula....nasib lah banyak tempat!!

Kemudian Lang, Himitsu dan Azhar menikmati Nando's yang digemari Shahriz.... Lang juga menggemari Nando's kerana rasa rempahnya dan kegaringannya berbanding pesaingnya  yg popular dengan muffinnya itu!

Selesai makan makan ...kami pun pusing satu Midvaley.. Azhar pula meneruskan tugasnya, bekerja pada petang itu....Himitsu sempat membeli koleksi CD artis kegemarannya termasuk yg sama harga dengan seekor ketam di Eastern Crab !!!

Selesai di Midvaley, kami pulang ke Bukit Bintang dan seterusnya bertolak ke Restoren Kak Eita,Wangsa Maju. Tiba disana amat terkejut kerana restoren itu sudahpun ditutup!!! Kemudian kami ke Restoren Mohd Chin Abdullah yang dicadangkan Himitsu. Kami dilayan oleh pelayan bernama Mohd yg sangat pandai mengambil hati pelanggan. Lang juga pertama kali dapat menikmati Dim Sum dan Sup Sirip Jerung yang halal!

Makanan di situ amatlah lazat dan menepati citarasa...jadi lain kali pasti akan datang lagi!!

Malam itu diserikan lagi dengan kehadiran Faizal yg merupakan rakan Azhar dari Sabah. Kami juga sempat berbincang ringkas mengenai plan ke Sabah hujung tahun ni nanti...Insya Allah tercapai lah hendaknya nanti!

Malam itu berakhir dengan sesi menonton rancangan America Got talent ..kemudian keesokkannya Lang dan Faizal juga Azhar masing masing ke tempat kerja dan  Himitsu turut pulang ke tempat asalnya pada petang itu

Isnin, 6 Jun 2011

Cuti cuti cuti...yeayyy!!

wah wah wah...ramainye yang ambik cuti minggu ni.....opis pun kosong ni!!


yeeeeahhhhhoooooo!!!!!!!!!!!!!!!


*Lang pun ambik gak cuti sehari Jumaat ni ........

yeeeeahhhhhoooooo!!!!!!!!!!!!!!!


 

Jumaat, 3 Jun 2011

Maaf kepada para guru dan para pelajar serta ibu bapa pelajar yerr..

Minggu ini bermulalah cuti sekolah.....


Hari bahagia buat para pelajar sekolah yang bercuti juga kepada guru-guru yang juga dapat menumpang untuk merehatkan minda dan jasmani mereka. Ibu bapa juga mengambil kesempatan untuk turut meraikan cuti anak- anak kesayangan mereka...ada gak yang tiba-tiba MC ...oppssss!!


Sekian ayat baik lagi sopan santun daripada Lang....


 *wink wink*


nak jerit dalam note D5 jap yer...

Arggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


*Hjh Deja Moss tumpang menjerit*


menci menci menci!!

Time cuti sekolah ini la semua tempat tumpuan menjadi sesak!!! Argghhhhh lagi!!

*Christina pun nak gak jerit *



Antaranya, jalan raya sesak, panggung wayang sesak,, kompleks beli belah penuh manusia, pusat peranginan full house, hotel - hotel juga penuh, juga harga jualan serta tiket dinaikkan dan nak cari tempat parking pun payah!!!
*hambek ko! mana nak lari???*




Satu hal lagi jemputan kahwin sana sini...yg ini ada lah yg ok dan x ok nye gak...yg bagusnya masjid terbina..yang x bestnya jalan ditutup sesuka hati, alat muzik memekak sana sini (yang volume-nya terlebih sudah) dan pastinya nak kena spend duit lebih sikit time tu!!lagi satu kalau ada 2-3 jemputan nak kena pilih gak yg mana lebih utama nak pegi...yelah zaman ekonomi gawat ni kan??

Pagi -pagi nak ke tempat keje dah tak jem..tapi bila time makan tengah hari..tu dia..kedai makan penuh aja!! KFC, McD pun penuh tak hengat!! alamatnya kena cari alternatif lain atau makan tengah hari bungkus saja la!!!
~Lang baru je terkena semalam..terpaksa bungkus bawak balik je makanan sebab kehabisan tempat duduk  :( 

Kejadian yg luar biasa ni dah normal pun time cuti sekolah ni...bagi yang bercuti , seronok la mereka yer...!!


Apa-apa pun , selamat bercutilah kepada yang bergembira dengan cuti tu...segala kata-kata ini hanya luahan hati dari Lang buat masa ini je yer... harap ampun kepada yg tak setuju atau terasa .