Sekarang Blog Lang diperbaharui..dengan ciri ciri template baru...namun untuk membiarkan memori lama tersimpan elok, blog lama dibiarkan sahaja tanpa diusik lagi....terimalah kehadiran blog baru ini ..salam mesra :)
Awal tahun ini Lang mengadakan tour ke Utara Semenanjung Malaysia....seronok tak terkira bila buat kerja gila ini sempena cuti Tahun Baru Cina..Lang bersama Himitsu, Azhar & Jasz ke 4 negeri..Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis...
Di Perak..kami ke Taiping- Bandar Warisan...sempat menikmati air terjun disana..tanpa kami sedar bahawa ada fenomena Kepala Air yang sepatutnya dielakkan ketika hujan turun!! Pengajaran ni!!
Di Pulau Pinang seperti biasa ke Pasar Chow Rasta & berkaraoke di Queensbay; NeWay...mak uih..mahalnya cas Neway ni!! terus serik nak karok di situ lagi!!
Kemudian di Perlis kami ke Padang Besar!! Apa lagi...beli belah lah!! banyak berabis!! cucimata ??sangatlah best!! kemudian kami ke Gua Kelam..namun malangnya gua ditutup untuk penyelenggaraan!!
Di Kedah kami singgah di rumah pengantin Apit- Kawan Shahrizal yang bekerja sebagai Polis. Sempat beli hadiah sebelum itu di Queensbay , Pulau Pinang.
Perjalanan pulang ke KL menyeksakan apabila lebuhraya PLUS sesak...Lang memilih untuk melalui jalan alternatif berpandukan GoogleMap dalam henfon x berapa canggih ni sementara dipandu oleh Feroz.... akibatnya perjalanan memakan masa 8 jam!!sempat juga singgah makan di Kuala Kangsar
kejadian yg tak dilupakan ialah Jasz meminta berhenti (semasa itu melalui kawasan kampung yg gelap) untuk mengambil Panadol di but belakang!!
Akibat melalui jalan kampung itu, kereta Lang terkena paku...namun hanya beri kesan setelah tiba di KL (alhamdulillah). Akibat kejadian itu, Lang, Himitsu, Azhar & Jasz dapat pelajaran tentang tayar kereta..hehehe sangat memberi erti..kelakar juga bila diingatkan!!
Kemudian pada pertengahan tahun 2011 iaitu awal bulan Mei, Lang,Azhar & Himitsu ke Pantai Timur Semenanjung pula! Setelah sekian lama merancang..barulah sempat melaksanakan.
Di Kuantan,Pahang, Kami disambut oleh bell-boy (x sesuai kot panggil BOY!) yang bernama Kamarul..amboi..speaking abis!! ..malangnye duit tips x dpt pun...ahaks!!! Kemudiannya kami sempat menikmati hidangan makanan laut yg segar di Tanjung Lumpur....sangatlah enak..sampai sekarang teringat!
disana kemudian kami bertemu mesra dengan Aslan..seterusnya sempat karaoke di Kuantan Mall!!
Keesokannya.. kami ke Terengganu...sebelum itu kami singgah di Mesra Mall...wahhh syok betul cuci mata di situ! Lang menumpangkan WanCuk dari situ sekaligus beliau menjadi tour guide..
Tiba di KT , kami singgah di Monumen Islam Pulau Wan Man...kami bertemu Nijae yang tiba dari kota Bharu...selesai disitu kami menginap di Primula beach..mak uihhh..ramai pula yg menginap tu!!
walau pun bermalam di hotel mewah berkolam renang & bersebelah dengan pantai..namun kami memilih untuk mandi sungai di Sekayu, Hulu Terengganu!! Di situ kami berkenalan dengan Raffi, Syukri, Peja & Shah..sempat berBBQ, bergurau ...dah macam kenal lama pula!!
Oleh kerana kemesraan itu memukau..kami memilih untuk melanjutkan percutian di Terengganu sehari lagi..
malam itu sessi karaoke diperhangat oleh tari menari dengan momentum dimulakan pada lagu Samrah Mentari (Lang & Himitsu) dan diakhiri oleh Hati Kama.
Sangat menyentuh rasa pertemuan di Kuala Terengganu yang langsung tidak dijangka....keesokkannya kami bertolak dari Terengganu setelah bertemu dengan Qimi; Polis hensem yang menjadi tumpuan petang di kedai ikan celup tepung di pinggir lapangan terbang Terengganu
Oleh kerana keseronokan di Terengganu itu..dijangkakan akan ada siri lawatan ke Terengganu sekali lagi nanti!!
Selesai di Pantai Timur, aktiviti diteruskan di Lembah Kelang. Lang berkenalan dengan Dafi (Bukit Jalil) yg merupakan kenalan Himitsu. Juga Shriz membawa anak buah PLKN berkaraoke di Alamanda, Putrajaya.
Kepenatan & kekurangan tenaga setelah berjalan jauh jelas memberi impak kepada persembahan karaoke & permainan boling...terutama kepada Lang!
Meskipun letih setiap kali berjalan jauh ..namun kepuasan tidak terhingga dapat dirasakan Lang setelah berkenalan dengan ramai kenalah baru serta merapatkan hubungan sesama kawan . Perancangan seterusnya ialah Sabah dan kemudian Sarawak...harap tercapailah cita-cita ini ...amin :)