Selasa, 24 Mei 2011

Salah ke tonton Upin Ipin, Doraemon, Sin Chan & Atashinchi??

" kau dah tua bangka ini pun nak tengok kartun macam tu lagi?? kah kah kah...kau check la sikit diri kau tu yer....macam budak budak terlebih umur!!"

Inilah antara cemuhan yang diterima seorang dewasa menonton kartun oleh seorang yang boleh dikatakan berfikiran sempit dan berkeyakinan tinggi dalam kritikannya...patut ke??


Lang akui...Lang meminati kartun..antaranya yang terkini Lang suka ikuti ialah Upin Ipin, Doraemon, Sin Chan & Atashinhi. Namun baru-baru ini, ada mulut nakal mempersoalkan kematangan Lang menonton kartun sebegini!!??? ada ke patut???

Adakah hilang kematangan diri dengan menonton kartun? tidak dinafikan , mungkin yang menonton ni sedikit kebudak budakan, namun jangan menafikan pula yang mengutuk orang menonton kartun ini jauh lebih kebudak budakan dan tidak matang!!

Sebelum komen, seharusnya kaji dahulu yer...kartun ini adalah salah satu medium untuk menyampaikan cerita (selain filem, lagu, artikel, novel, cerpen) .... dengan menonton kartun ini , minda akan lebih terbuka selain kreativiti serta fikiran imaginasi diasah dan membawa kepada kecerdasan minda!! selain itu tekanan dan kesakitan akibat masalah juga dapat dikurangkan!!

Kartun seperti Upin Ipin, Doraemon, Sin Chan & Atashinchi ini mengetengahkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan selain kecomelan watak yang cukup menghiburkan. Sungguh pelik jiwa orang menggelakkan penonton kartun daripada kalangan dewasa ini, seolah olah mereka lebih hebat kerana tidak terjebak dalam gejala menonton kartun!!??? apakah gejala menonton kartun seperti ini tidak sihat???

Menurut suatu kaji selidik, mereka yang dewasa & menonton kartun ini sebenarnya mempunyai jiwa kreatif, bersemangat dan mempunyai pandangan positif dalam hidup mereka dan orang lain.

Sebenarnya pun , tiada isu menonton kartun ni melainkan isu ini selalu muncul dari mulut mereka yang setempat& senegara dengan kita sahaja. Di negara maju seperti Jepun, Korea & Amerika Syarikat , budaya ini tidak pun di pandang serong, malah tiada celanya langsung!!! malahan mereka sendiri berbangga!!



Soalnya sekali lagi...salahkah menonton kartun kartun seperti ini untuk menghiburkan diri sendiri ???

8 ulasan:

  1. aku layan jer... cuma pemikiran bila tengok tu jer dh lain...
    masa kecik tengok kartun utk entertainment...
    bila dah besar, tengok kreativiti kartun then relate to real life...

    BalasPadam
  2. tak terasa 'berdosa' ke layan kartun tu?? ahaks.

    BalasPadam
  3. la berdosa ke layan anime dan kartun tu? kalau tgk porno tu ye la berdosa ha ha..

    ala aku selamba jer layan naruto, bleach, chibi maruko chan, hagemaru, tom and jerry etc tu dgn anak2 sedara aku..kadang2 main game ps3 dgn mereka lagi..haha mmg terasa mcm kanak2 ribena tp ok la enjoy haha..

    ermmm selera dan persepsi masing2 kan...aku suka layan lagu2 retro sampaikan ada org tegur 'ayoz lagu2 mcm ni mak dan nenek aku jer yang layan'..dushhh kira berdosa gak ke ek mcm tu?....ermmmm

    BalasPadam
  4. Mitsu: stigma masyarakat negara kita ni memang macam tu terutama yg sebangsa dengan kita. sikap mempertikai/ mengutuk orang lain tu dah jadi budaya yg agak sebati.

    perihal org dewasa tgk porno tu mungkin dianggap matang/ normal kot bagi org yg mgkritik org dewasa minat kartun ni!??

    steven spielberg tu pun tgk kartun malah siap ceburkan diri lagi dlm industri kartun..apa yg ganjil nye...eh dia kenal ke steven spielberg tu siapa??

    BalasPadam
  5. pedulikan apa org kata...bukan berdosa besar pun tgk kartun dan anime nie...aku ada ramai kawan2 seusia yang dah punya anak2 dan isteri tp masih lagi meneruskan minat mereka menonton anime dan kartun....takde dlm undang2 pun mengatakan umur sekian2 tidak dibenarkan menonton kartun....atau kartun hanya wajib ditonton oleh kanak2 org dewasa dilarang sama sekali menonton kartun....

    ermm terfikir gak masa upin ipin ditayangkan di pawagam tu adakah semua penonton tu budak2 kecil ke?....

    padahal yang menghasilkan kartun dan anime tu pun org dewasa gak bukan budak2 pun..:p

    BalasPadam
  6. hahaha...ada je jenis org mcm tu..terutama yg berangan macho...menci menci menci

    BalasPadam
  7. sebenarnya itu adalah kreativiti iaitu penggunaan otak kanan kita....
    selama ini kita asik menggunakan otak kiri kita iaitu mewakili perkara logik...
    tu yg depa kata tgk kartun adalah tak logik...
    tp depa tak pikir ka masa zaman kanak2 dulu yg kartun tu la kita dok hadap siang malam....
    kalau otak kanan tak berkembang tu yg jd tak berapa nak betul tu coz main komen ja kata org matang ke tidak....

    BalasPadam
  8. Shahrizal: ada gak bebudak kecik skrg x minat kartun tau..minat drama cintan cintun..takajut Lang melihatnya!! siap bebel mak dia bukak citer kartun utk dia!!

    BalasPadam