Rabu, 18 Mei 2011

Baru Baru Baru..Kisah Pertemuan 2011

Sekarang Blog Lang diperbaharui..dengan ciri ciri template baru...namun untuk membiarkan memori lama tersimpan elok, blog lama dibiarkan sahaja tanpa diusik lagi....terimalah kehadiran blog baru ini ..salam mesra :)


Awal tahun ini Lang mengadakan tour ke Utara Semenanjung Malaysia....seronok tak terkira bila buat kerja gila ini sempena cuti Tahun Baru Cina..Lang bersama Himitsu, Azhar & Jasz ke 4 negeri..Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis...

Di Perak..kami ke Taiping- Bandar Warisan...sempat menikmati air terjun disana..tanpa kami sedar bahawa ada fenomena Kepala Air yang sepatutnya dielakkan ketika hujan turun!! Pengajaran ni!!

Di Pulau Pinang seperti biasa ke Pasar Chow Rasta & berkaraoke di Queensbay; NeWay...mak uih..mahalnya cas Neway ni!! terus serik nak karok di situ lagi!!

Kemudian di Perlis kami ke Padang Besar!! Apa lagi...beli belah lah!! banyak berabis!! cucimata ??sangatlah best!! kemudian kami ke Gua Kelam..namun malangnya gua ditutup untuk penyelenggaraan!!

Di Kedah kami singgah di rumah pengantin Apit- Kawan Shahrizal yang bekerja sebagai Polis. Sempat beli hadiah sebelum itu di Queensbay , Pulau Pinang.

Perjalanan pulang ke KL menyeksakan apabila lebuhraya PLUS sesak...Lang memilih untuk melalui jalan alternatif berpandukan GoogleMap dalam henfon x berapa canggih ni sementara dipandu oleh Feroz.... akibatnya perjalanan memakan masa 8 jam!!sempat juga singgah makan di Kuala Kangsar


kejadian yg tak dilupakan ialah Jasz meminta berhenti (semasa itu melalui kawasan kampung yg gelap) untuk mengambil Panadol di but belakang!!

Akibat melalui jalan kampung itu, kereta Lang terkena paku...namun hanya beri kesan setelah tiba di KL (alhamdulillah). Akibat kejadian itu, Lang, Himitsu, Azhar & Jasz dapat pelajaran tentang tayar kereta..hehehe  sangat memberi erti..kelakar juga bila diingatkan!!

Kemudian pada pertengahan tahun 2011 iaitu awal bulan Mei, Lang,Azhar & Himitsu ke Pantai Timur Semenanjung pula! Setelah sekian lama merancang..barulah sempat melaksanakan.

Di Kuantan,Pahang, Kami disambut oleh bell-boy (x sesuai kot panggil BOY!) yang bernama Kamarul..amboi..speaking abis!! ..malangnye duit tips x dpt pun...ahaks!!! Kemudiannya kami sempat menikmati hidangan makanan laut yg segar di Tanjung Lumpur....sangatlah enak..sampai sekarang teringat!


disana kemudian kami bertemu mesra dengan Aslan..seterusnya sempat karaoke di Kuantan Mall!!

Keesokannya.. kami ke Terengganu...sebelum itu kami singgah di Mesra Mall...wahhh syok betul cuci mata di situ! Lang menumpangkan WanCuk dari situ sekaligus beliau menjadi tour guide..

Tiba di KT , kami singgah di Monumen Islam Pulau Wan Man...kami bertemu Nijae yang tiba dari kota Bharu...selesai disitu kami menginap di Primula beach..mak uihhh..ramai pula yg menginap tu!!

walau pun bermalam di hotel mewah berkolam renang & bersebelah dengan pantai..namun kami memilih untuk mandi sungai di Sekayu, Hulu Terengganu!! Di situ kami berkenalan dengan Raffi, Syukri, Peja & Shah..sempat berBBQ, bergurau ...dah macam kenal lama pula!!

Oleh kerana kemesraan itu memukau..kami memilih untuk melanjutkan percutian di Terengganu sehari lagi..
malam itu sessi karaoke diperhangat oleh tari menari dengan momentum dimulakan pada lagu Samrah Mentari (Lang & Himitsu) dan diakhiri oleh Hati Kama.

Sangat menyentuh rasa pertemuan di Kuala Terengganu yang langsung tidak dijangka....keesokkannya kami bertolak dari Terengganu setelah bertemu dengan Qimi; Polis hensem yang menjadi tumpuan petang di kedai ikan celup tepung di pinggir lapangan terbang Terengganu

Oleh kerana keseronokan di Terengganu itu..dijangkakan akan ada siri lawatan ke Terengganu sekali lagi nanti!!

Selesai di Pantai Timur, aktiviti diteruskan di Lembah Kelang. Lang berkenalan dengan Dafi (Bukit Jalil) yg merupakan kenalan Himitsu. Juga Shriz membawa anak buah PLKN berkaraoke di Alamanda, Putrajaya.
Kepenatan & kekurangan tenaga setelah berjalan jauh jelas memberi impak kepada persembahan karaoke & permainan boling...terutama kepada Lang!

Meskipun letih setiap kali berjalan jauh ..namun kepuasan tidak terhingga dapat dirasakan Lang setelah berkenalan dengan ramai kenalah baru serta merapatkan hubungan sesama kawan . Perancangan seterusnya ialah Sabah dan kemudian Sarawak...harap tercapailah cita-cita ini ...amin :)

7 ulasan:

  1. wow blog baru..ha ha best nie....

    nak tumpang komen gak ek..

    huhu nostalgianya kisah percutian nie....teringat plak masa cuti ke utara tu time tu hujan lebat dan banjir di area batu pahat muar etc sampai perkhidmatan train dihentikan seketika...septtnya aku naik train pada 12tghmlm tp dgr berita train tak boleh nak bergerak spt biasa kerana landasan dilimpahi banjir...nasib baik ler pihak ktm pulangkan duit...kelam kabut juga la beli tiket bas pula nasib masih ada lagi haha...sudahnya terpaksa bermalam kat rumah kau kan lang ha ha....sogan den...

    kat utara best sbb jumpa opah dan pi beli komik kat area pasar di penang tu ha ha...then cuci mata di padang besar...ramai yang elok hahaha

    kat kuantan pula best time makan di restoren yang sediakan makanan laut tu ek..rasa nak pi lagi la huhu....abeslah makin naiklah berat badan aku mcm ni kalau stay kat kuantan tu..

    tp yang paling meriah time di kuala terengganu ek...kawan2 baru tu semua ok2 dan friendly..haha walaupun baru je kenal tp masing2 tak kekok berborak mcm dah lama kenal...plus mata jadi bersinar2 sbb terlalu ramai yang elok2 di situ ha ha...matilah lepas ni dah tak payah pakai cermin mata lagi sbb dah terlebih cuci mata dah..hahahaha..

    BalasPadam
  2. Mitsu: setiap kali gath mesti ada kenangan kan? walaupun ada yg dah berlalu & sepi, tapi kenangan tetap ada tersimpan. Kadangkala kita kena buang sikit negative thinking tu sebelum teruskan dengan perkara yg kadang kadang x dirancang pun (contoh BBQ Tganu tu!)

    Blog baru ni..style penulisan pun agak x berapa nak sama lagi ngan blog lama (walaupun penulisnya sama!) namun InsyaAllah akan improve tak lama lagi!! yang pentingnya, menulis kat blog sendiri ni x sama tulis kat FB / Forum atau web lain!


    Untuk plan Sabah tahun ni tu lom nampak tanda positif nak teruskan lagi...tapi lau ada rezeki, siapa tahu kan?? sampai gak kita ke sana!!

    BalasPadam
  3. yela setiap kali gath ( haha padahal kita berdua jer plus si azhar tu ermm kira gath gak ke? ha ha ha ) mmg ada kenangan apatah lagi berjumpa dgn kwn2 baru yang pelbagai karenah..hehe....

    ermmm ttg ke sabah tu tgk juga keadaan ekonomi ni..huhu tgh merundum apatah lagi bulan depan kena renew insuran kereta plak tu ( ncd yang aku kumpul tu dah jadi kosong semula gara2 xcident thn lepas huhu )...next month plak 2x aku akan ke kl adussssssssss....ha ha ha

    BalasPadam
  4. haha...dtg kl...bilenye kita nk pi tanjung lumpur tu?? apa kata next time kita jupe je dak2 ganu tu kat kuantan ...hehehehe...tapi mau ka mereka?

    BalasPadam
  5. try la ajak....mungkin mereka nak kot apatah lagi kalau kau yang ajak ha ha ha...:p

    BalasPadam
  6. jangan lupa aura Azhar tu gak!! hahahaha

    BalasPadam
  7. Harrah's Casino & Hotel | DrmCD
    Harrah's Resort Atlantic 여주 출장마사지 City is located in 양주 출장샵 Atlantic City and is within a 15-minute walk 진주 출장마사지 of The 동두천 출장샵 Water Club and 의왕 출장안마 Union Station. Borgata Hotel Casino & Spa has

    BalasPadam