Selasa, 14 Jun 2011

Pertemuan Gedik Santai bersama kawanku...

Minggu lepas sempat meluangkan masa bersama Himitsu, Azhar dan beberapa kenalan lain..
walaupun tiada niat pun hendak membuat 'gathering' besar besaran...namun tetap ada impaknya!!

bermula hari Khamis, Himitsu tiba & Lang jua turut serta meskipun diserang sakit perut pagi itu (moteeeeeppp??)...Himitsu memilih Vistana sebagai penginapan...mujur tiada bellboy bernama Kamarul disitu!!

Hari itu dihiasi persiapan hari lahir untuk Adamada yg diselerakan dengan kek ais krim Baskin robbins....sungguh lazat!!!!!!!!sebelum itu , Lang & Himitsu menikmati makan malam di tempat wajib terkini iaitu Octopus Sushi ...nyam2...itadakimasssssssssssss!!!

Adamada hadir malam itu ...majlis kecil kecilan itu disertai Lang, azhar & Himitsu tidak sepadan dengan kek yg besar...jawabnya seorang kena makan suku kek sebesar periuk itu !!!

Hari berikutnya dimulakan dengan solat Jumaat yg di tempat kebiasaan Lang...ini kali pertama bagi Himitsu di masjid serba baru dan berhawa dingin itu....sangat menyejukkan luaran & dalaman :)


Kemudian kami ke Jusco Kepong untuk bertemu Rohadi yg kecil molek yg baru berhijrah ke KL dan bekerja di situ.. Sebelum itu kami sempat makan di CRS dimana layanan penuh mesra oleh pelayan di situ sangat mengujakan... kemudian kami bertemu adi di tempat tugasnya...pertemuan sepatutnya mesra antara Lang- Adi bertukar kepada Adi-Azhar kerana rupanya masing-masing bekerja di syarikat yg sama, mendapat latihan yang sama namun bertugas di cawangan berlainan...!


Adi meminta diri sebentar untuk membuat tugasannya..kemudian kami ke kaunter derma darah oleh kerana Azhar beriya iya mahu menderma. Lang buat pertama kali menderma , manakala Himitsu turut tidak ketinggalan. Kami antara orang terakhir pada petang itu..

ketika baru hendak menderma, tiba berlaku insiden seorang penderma jatuh selepas bangun daripada baringan setelah selesai menderma..cuak juga staf perubatan disitu ....

Lang kemudian baru tahu darah Lang adalah AB yg hanya boleh menderma kepada darah AB sahaja...jadi merupakan golongan yg tidak perlu menderma banyak ...lain lah Azhar berdarah O yang merupakan golongan penderma universal (semua jenis darah boleh terima)

Oleh kerana pertama kali menderma, saiz urat yang kecil dan tekanan darah tidak sekuat mana, kelajuan titisan darah masuk ke beg darah amatlah perlahan ketika Lang menderma. Akibatnya staf perubatan di situ ada yg mengeluh...ada juga yg mengusik 'kemanjaan' darah Lang masuk ke beg darah itu!! moteefff sangat!!!!

proses itu diakhirkan stelah beg darah itu hampir penuh ...(namun tidak penuh) kerana mereka sudah mahu pulang dan tangan Lang pun sudah kebas dan rasa seram sejuk!!

pengalaman pertama itu diakhirkan dengan pemberian kad derma darah dan makanan percuma seperti air kotak, roti krim , biskut dan air tin...(kira ok la tu!!)

Kemudian kami terus ke panggung wayang ...menonton X-Men : First Class..

Filem ini teramatlah mengujakan...dari segi watak, jalan cerita, aksi dan CGI kerana Lang sendiri merupakan peminat komik X-Men sejak kecil!!  6 bintang daripada Lang!!!!!!!

Selesai filem itu, berlaku insiden selipar Azhar hilang di surau...aiyooo masih ada orang nak curi selipar Jepun di zaman ini ka? Akibatnya Azhar terpaksa membeli selipar baru dan menjadi modal sepanjang petang itu!

Malam itu kami menikmati makan malam di Santai , Cheras ...ketika Amin sedang sibuk melayan client nya. Sempat juga kami ke sana tu!!! Amin kemudiannya menyertai kami setelah selesai bersama clientnya..
Makanan di Santai itu semuanya berasa tawar...kurang rempah dan kurang umphh...namun oleh kerana kelaparan, habis jua!!

Kemudian aktiviti berkaraoke hingga jam 3 pagi dimulakan dengan kemunculan Dafi dari Bukit Jalil.
Malam itu Amin nyanyi dengan vokal letihnya, manakala persembahan duet Lang Himitsu paling mencuit selain lagu Kakek meraikan ulangtahun yg amat lucu dipersembahkan oleh Himitsu. Azhar mendapat pujian dengan Awan Terpilu versinya daripada peminat misteri!!


Keesokkannya, kami ke Bukit Bintang pula dan bertemu Fareed di situ. Makan makan di restoren Jepun  juga memuaskan hati. Kemudian kami ke Sg wang pula....dan Himitsu berbelanja sakan nampaknya..pantang Lang kata cantik, menarik, tertarik..terus digapainya!! Grrrrrr ... (geram sebab dapat tengok saja)   :-(

Di depan Low Yat pula terdapat pesta Angry Birds...sempat juga mencuci mata utk petang itu!!huhuhuhu

Kemudian Lang, Himitsu dan Azhar bertemu Mizan di Kepong pula...cantik juga rumah si Mizan ni...kemas sahaja...namun pabila buka beranda kondonya...ya ampun...di kelilingi jirat cina!!

Kami sempat melayan filem Kantonis sebelum bertolak untuk makan di Ampang.

Kami pun tiba di Eastern Crab yg pertama kali dijejaki. Kami dilayan dengan layanan kelas pertama daripada pemilik restoren ketika membuat pesanan dan juga ketika menikmati makanan. Masakan di situ enak juga namun pabila melihat bilnya ..terus demam!!!!

Setelah selesai makan di restoren ketam yg amat mewah itu, kami bermain boling di Ampang Superbowl pula.

Untuk game pertama Himistu menjuarai dengan 135 jatuhan pin diikuti Lang (102), Mizan (94) dan Azhar (68).
Di game kedua  Himitsu (126) dicabar rapat oleh Mizan (125) kemudian Azhar (96) dan Lang (89).
Di game ketiga, Mizan menjuarai dengan 142 pin diikuti Himitsu (113) , Lang (101) dan  Azhar (71)

secara totalnya Himitsu menjuarai dengan 374 diikuti Mizan (361), Lang (292) dan Azhar (235).

Ahad menjelma...dan merupakan episod hari itu dimulakan dengan pencarian parking di Midvalley!! akibat terlalu ramai hadir dan menyerbu parkir di tingkat bawah hari itu...akibatnya RM3 di bayar sia sia, kami mencari parkir di tingkat atas pula....nasib lah banyak tempat!!

Kemudian Lang, Himitsu dan Azhar menikmati Nando's yang digemari Shahriz.... Lang juga menggemari Nando's kerana rasa rempahnya dan kegaringannya berbanding pesaingnya  yg popular dengan muffinnya itu!

Selesai makan makan ...kami pun pusing satu Midvaley.. Azhar pula meneruskan tugasnya, bekerja pada petang itu....Himitsu sempat membeli koleksi CD artis kegemarannya termasuk yg sama harga dengan seekor ketam di Eastern Crab !!!

Selesai di Midvaley, kami pulang ke Bukit Bintang dan seterusnya bertolak ke Restoren Kak Eita,Wangsa Maju. Tiba disana amat terkejut kerana restoren itu sudahpun ditutup!!! Kemudian kami ke Restoren Mohd Chin Abdullah yang dicadangkan Himitsu. Kami dilayan oleh pelayan bernama Mohd yg sangat pandai mengambil hati pelanggan. Lang juga pertama kali dapat menikmati Dim Sum dan Sup Sirip Jerung yang halal!

Makanan di situ amatlah lazat dan menepati citarasa...jadi lain kali pasti akan datang lagi!!

Malam itu diserikan lagi dengan kehadiran Faizal yg merupakan rakan Azhar dari Sabah. Kami juga sempat berbincang ringkas mengenai plan ke Sabah hujung tahun ni nanti...Insya Allah tercapai lah hendaknya nanti!

Malam itu berakhir dengan sesi menonton rancangan America Got talent ..kemudian keesokkannya Lang dan Faizal juga Azhar masing masing ke tempat kerja dan  Himitsu turut pulang ke tempat asalnya pada petang itu

Isnin, 6 Jun 2011

Cuti cuti cuti...yeayyy!!

wah wah wah...ramainye yang ambik cuti minggu ni.....opis pun kosong ni!!


yeeeeahhhhhoooooo!!!!!!!!!!!!!!!


*Lang pun ambik gak cuti sehari Jumaat ni ........

yeeeeahhhhhoooooo!!!!!!!!!!!!!!!


 

Jumaat, 3 Jun 2011

Maaf kepada para guru dan para pelajar serta ibu bapa pelajar yerr..

Minggu ini bermulalah cuti sekolah.....


Hari bahagia buat para pelajar sekolah yang bercuti juga kepada guru-guru yang juga dapat menumpang untuk merehatkan minda dan jasmani mereka. Ibu bapa juga mengambil kesempatan untuk turut meraikan cuti anak- anak kesayangan mereka...ada gak yang tiba-tiba MC ...oppssss!!


Sekian ayat baik lagi sopan santun daripada Lang....


 *wink wink*


nak jerit dalam note D5 jap yer...

Arggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


*Hjh Deja Moss tumpang menjerit*


menci menci menci!!

Time cuti sekolah ini la semua tempat tumpuan menjadi sesak!!! Argghhhhh lagi!!

*Christina pun nak gak jerit *



Antaranya, jalan raya sesak, panggung wayang sesak,, kompleks beli belah penuh manusia, pusat peranginan full house, hotel - hotel juga penuh, juga harga jualan serta tiket dinaikkan dan nak cari tempat parking pun payah!!!
*hambek ko! mana nak lari???*




Satu hal lagi jemputan kahwin sana sini...yg ini ada lah yg ok dan x ok nye gak...yg bagusnya masjid terbina..yang x bestnya jalan ditutup sesuka hati, alat muzik memekak sana sini (yang volume-nya terlebih sudah) dan pastinya nak kena spend duit lebih sikit time tu!!lagi satu kalau ada 2-3 jemputan nak kena pilih gak yg mana lebih utama nak pegi...yelah zaman ekonomi gawat ni kan??

Pagi -pagi nak ke tempat keje dah tak jem..tapi bila time makan tengah hari..tu dia..kedai makan penuh aja!! KFC, McD pun penuh tak hengat!! alamatnya kena cari alternatif lain atau makan tengah hari bungkus saja la!!!
~Lang baru je terkena semalam..terpaksa bungkus bawak balik je makanan sebab kehabisan tempat duduk  :( 

Kejadian yg luar biasa ni dah normal pun time cuti sekolah ni...bagi yang bercuti , seronok la mereka yer...!!


Apa-apa pun , selamat bercutilah kepada yang bergembira dengan cuti tu...segala kata-kata ini hanya luahan hati dari Lang buat masa ini je yer... harap ampun kepada yg tak setuju atau terasa .

Isnin, 30 Mei 2011

KaraK...tak sehebat sedutan / trailer!

Semalam Lang berkesempatan nonton  filem yang lama dinantikan ..filem seram pertama terbitan KRU Studios iaitu KaraK. Lang amat teruja setelah dipertontonkan dengan trailer sehebat Jangan Pandang Belakang (Ahmad Idham).

Menampilkan lakonan pelakon, pelakon baru seperti Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan juga Sidek Hussin. Kesuluruhan filem ni tak de la seram malah elemen cemas juga gagal menusuk ke hati Lang ni!!



plot cerita ni sebenarnya dah boleh dijangka...apatah lagi sudah hampir  seiras dengan filem Khurafat!!!

pun begitu terdapat kelemahan props yang mengundang tanda tanya...

~Kejadian pada scene pertama dikatakan berlaku pada 1983 (diperkuatkan lagi dipertengahan cerita dengan kalender 1983)...maka kehadiran Polis dengan Proton Saga bernombor WCTxxxx tu amat mengelirukan!! Proton Saga Polis hanya muncul pada 1984/85 ..selain itu kereta pada 1984 platnya bermula WAV ke bawah!!! bagaimana boleh nombor WCT plak??


~ Batu tanda Karak kelihatan ditampal kertas yg dicetak!!

~ gambar isteri orang Asli di cetak diatas bunting/ banner!!
~  kelihatan pelakon dilumurkan dengan ulat & cacing macam nak memaksa penonton berasa geli!!!
 *ada pula penonton yang mengatakan ulat tersebut ialah ulat pokok bukannya ulat mayat!!!??

~ sistem bunyi filem ini agak menghampakan...apatah lagi bukan ke KRU sememangnya terkenal dengan muzik &bunyian??  Dalam perkara ini Pontianak Harum Sundal Malam lebih mempunyai kelebihan!!


~kisah volswagen kuning dikatakan berlaku di Jelapang..bukannya Karak.. pun begitu, Lang tidak begitu mengetahui kisah antu kereta ni!!

~ mekap antu nenek tu kawan Lang kata macam muka Megatron- Transformer!!!??? OMG!!

di pertengahan cerita sehingga ke penghujung , mood seram mula hilang dan muncul pula rasa lucu ...ternyata penamat filem ini juga lucu!!!!

Pun begitu, Lang tetap suka antu kebaya ..."Enciekkk, boleh bantu saya Enciekkk"


Keseluruhannya , Lang berikan 3 bintang sahaja ...banyak lagi yg perlu diperbaiki untuk menjadi filem seram yang lebih meyakinkan.

Rabu, 25 Mei 2011

Salma Mentor 5

siapa yg tonton Mentor 5? kini dah peringkat akhir dah...Lang sejujurnya menyokong Salma yang merupakan protege kepada bekas Ratu Malaysia - Erra Fazira.

Lang amat meminati suara Salma yang lepas & lantang...beliau berjaya di peringkat kumpulan dengan perbezaan mata yg amat jauh dengan pesaingnya Iqa yg merupakan protege kepada Edry KRU.

Lagu pertama yg memperkenalkan beliau berjaya meledakkan fenomena kepada penonton Mentor 5. lagu nyanyian Jac bertajuk Bertamu Di Kalbu berjaya memukau pendengar termasuk Lang.





Sebenarnya, agak jarang juga negara kita mendapat penyanyi bersuara sebegini yang boleh dikatakan iras2 penyanyi Filipina. Salma yang berasal dari Sabah tidak mempunyai masalah membawa lagu bernada tinggi dengan nada belter (suara dada)


Di peringkat semi final, Salma nampaknya gagal memikat hati juri dengan memperolehi mata ketiga terbanyak di bawah Iqa  dan Shiha, berikut markah konsert 1 & 2 semi final Mentor 5 :


Salma: 49; 64;  total 113
Ratnah: 42; 46; total  88
Shiha: 58; 61;   total 119
Iqa: 57; 69;      total 126


Ini merupakan kali pertama Iqa menjadi juara...apatah lagi mengalahkan Salma & Shiha - protege Datuk Sh. Aini yg merupakan juara kumpulan!!! akibatnya Ratnah protege Afdlin tersingkir dan Salma juga hampir tercicir ke final...apakah ini wayang TV3??


 Pengumuman TV3 memasukkan Salma mengundang kontroversi. Bagi peminat Salma, mereka menarik nafas lega!!


Sama-sama kita tonton Final Mentor 5 pada hari Ahad ini nanti ...Go Salma Go!!



Update:

Salma menjadi Juara Mentor setelah menewaskan Shiha di tempat kedua dan Iqa yg mendapat no.3!! Tahniah!!!!

Selasa, 24 Mei 2011

Salah ke tonton Upin Ipin, Doraemon, Sin Chan & Atashinchi??

" kau dah tua bangka ini pun nak tengok kartun macam tu lagi?? kah kah kah...kau check la sikit diri kau tu yer....macam budak budak terlebih umur!!"

Inilah antara cemuhan yang diterima seorang dewasa menonton kartun oleh seorang yang boleh dikatakan berfikiran sempit dan berkeyakinan tinggi dalam kritikannya...patut ke??


Lang akui...Lang meminati kartun..antaranya yang terkini Lang suka ikuti ialah Upin Ipin, Doraemon, Sin Chan & Atashinhi. Namun baru-baru ini, ada mulut nakal mempersoalkan kematangan Lang menonton kartun sebegini!!??? ada ke patut???

Adakah hilang kematangan diri dengan menonton kartun? tidak dinafikan , mungkin yang menonton ni sedikit kebudak budakan, namun jangan menafikan pula yang mengutuk orang menonton kartun ini jauh lebih kebudak budakan dan tidak matang!!

Sebelum komen, seharusnya kaji dahulu yer...kartun ini adalah salah satu medium untuk menyampaikan cerita (selain filem, lagu, artikel, novel, cerpen) .... dengan menonton kartun ini , minda akan lebih terbuka selain kreativiti serta fikiran imaginasi diasah dan membawa kepada kecerdasan minda!! selain itu tekanan dan kesakitan akibat masalah juga dapat dikurangkan!!

Kartun seperti Upin Ipin, Doraemon, Sin Chan & Atashinchi ini mengetengahkan unsur-unsur kekeluargaan dan persahabatan selain kecomelan watak yang cukup menghiburkan. Sungguh pelik jiwa orang menggelakkan penonton kartun daripada kalangan dewasa ini, seolah olah mereka lebih hebat kerana tidak terjebak dalam gejala menonton kartun!!??? apakah gejala menonton kartun seperti ini tidak sihat???

Menurut suatu kaji selidik, mereka yang dewasa & menonton kartun ini sebenarnya mempunyai jiwa kreatif, bersemangat dan mempunyai pandangan positif dalam hidup mereka dan orang lain.

Sebenarnya pun , tiada isu menonton kartun ni melainkan isu ini selalu muncul dari mulut mereka yang setempat& senegara dengan kita sahaja. Di negara maju seperti Jepun, Korea & Amerika Syarikat , budaya ini tidak pun di pandang serong, malah tiada celanya langsung!!! malahan mereka sendiri berbangga!!



Soalnya sekali lagi...salahkah menonton kartun kartun seperti ini untuk menghiburkan diri sendiri ???

Jerawat??? Menciiiiiiiiii!!!

Jerawat datang lagi....arghhhhhhhhhhhh tension..

* Cameron Diaz yg chantek pun ada jerawat tu uolss *


lepas je mentekedarah durian dengan banyaknyer... (Himitsu yang belanja) selepas balik bercuti daripada Terengganu, jerawat ni muka di bagaikan disemai baja!! macam-macam teknik cuba...krim, pencuci, bedak sejuk, mask...aiyooo....ni saham tau muka ni..kena jaga..tiba-tiba naik plak tetamu tak diundang ni!!
* set Eucerin khusus utk jerawat kunun *

Mungkin inilah akibat kehilangan pencuci Eucerin di Terengganu & terus melupakannya (sebab x beri kesan baik pun) selain kekurangan rehat, tak jaga makan minum serta kebersihan kulit..juga mungkin kerana berkaraoke setiap hari *pengsan!


nak jadikan penyebab...., kulitku ini kulit sensitif, berminyak, mudah berjerawat, mudah gatal..hmmm susah nak jaga!! nak dijaga dibelai...(kulit ngada2)

* losyen Kalamin kaler pink gituh *

oleh kerana sampai tahap kehabisan idea, maka Lang cuba sapu Calamine Lotion yang pernah Lang  guna untuk alergi/ sakit kulit. ....sungguh tak sangka plak ada kesan positif!!  sekali Lang try google, tengok tengok Calamine Lotion ni mengandungi Zinc Oxide. ...Elemen Zink ni penting untuk melawan jerawat & meningkatkan antibodi katanya!! teknik cuba jaya!! pun begitu, losyen ini mempunyai ciri-ciri menyerupai bedak sejuk..selain mengeringkan jerawat & kulit..ia juga tak sesuai diguna di luar rumah sebab muka akan jadi seperti tepung gomak berwarna PINK!!

* elok x lau pi KLCC bermuka macam ni? *

Oleh kerana..terpana setelah  dengar kebaikan Zinc (bukan zink atap umah tu), Lang pun beli pil Bio-Zinc keluaran Blackmores untuk rawatan dalaman.



* pil ini memakan isi perut dompetku :( *
Dalam masa seminggu dah nampak surut sikit, namun parut masih ada!! efek nampak perlahan...tapi ada gak datang jerawat baru!! Arghhhhhhhhhhhh!!!



oleh kerana geram sangat serta kekangan kewangan bulan ini, Lang cuba cari penawar lain yang mampu lagi nak cuba.... >>>>>terpaksa korbankan bajet topup :'(


* Cuka Epal utk salad & utk memasak jerawat *

Kemudian tadi, terbaca tentang kebaikan Cuka  Epal. Rupanya , menda alah ni pun leh bantu menyihatkan tubuh, kulit & rambut. Lang pun belilah Apple Cider Vinegar keluaran Bragg (import nih!!).. . memang beberapa hari ni dok baca je pasal cuka epal, last2 terbeli gak...botol sebesar hampir 1 liter ni!! (abis RM21.20!!)..katanya lah kan , selain merawat jerawat, elok untuk mencuci kotoran dalaman , kolestrol, mengurangkan berat badan (wow) dan merawat athritis!! jadi tak salah mencuba kan?? murah je kot ...botol besar plak tu!! ( jenuhla nak sorok kat tetamu)


sebelum menulis ni tadi baru minum...cuka RM21.20 itu....dah nama CUKA tentulah rasanya MASAM!! kesan blom nampak lagi la...yela..baru je teguk tadi!!! tapi perut ni dah start meragam !! (kesan detox kot)

Lang akan terus cuba melawan penyakit kulit yang belum lagi surut...kejap baik kejap datang balik dalam jumlah yg banyak!! harap kembali balik kulit ni seperti sebulan yang lalu!!

* terus menang ratu...thanks semua!!!! *

Rabu, 18 Mei 2011

Baru Baru Baru..Kisah Pertemuan 2011

Sekarang Blog Lang diperbaharui..dengan ciri ciri template baru...namun untuk membiarkan memori lama tersimpan elok, blog lama dibiarkan sahaja tanpa diusik lagi....terimalah kehadiran blog baru ini ..salam mesra :)


Awal tahun ini Lang mengadakan tour ke Utara Semenanjung Malaysia....seronok tak terkira bila buat kerja gila ini sempena cuti Tahun Baru Cina..Lang bersama Himitsu, Azhar & Jasz ke 4 negeri..Perak, Pulau Pinang, Kedah & Perlis...

Di Perak..kami ke Taiping- Bandar Warisan...sempat menikmati air terjun disana..tanpa kami sedar bahawa ada fenomena Kepala Air yang sepatutnya dielakkan ketika hujan turun!! Pengajaran ni!!

Di Pulau Pinang seperti biasa ke Pasar Chow Rasta & berkaraoke di Queensbay; NeWay...mak uih..mahalnya cas Neway ni!! terus serik nak karok di situ lagi!!

Kemudian di Perlis kami ke Padang Besar!! Apa lagi...beli belah lah!! banyak berabis!! cucimata ??sangatlah best!! kemudian kami ke Gua Kelam..namun malangnya gua ditutup untuk penyelenggaraan!!

Di Kedah kami singgah di rumah pengantin Apit- Kawan Shahrizal yang bekerja sebagai Polis. Sempat beli hadiah sebelum itu di Queensbay , Pulau Pinang.

Perjalanan pulang ke KL menyeksakan apabila lebuhraya PLUS sesak...Lang memilih untuk melalui jalan alternatif berpandukan GoogleMap dalam henfon x berapa canggih ni sementara dipandu oleh Feroz.... akibatnya perjalanan memakan masa 8 jam!!sempat juga singgah makan di Kuala Kangsar


kejadian yg tak dilupakan ialah Jasz meminta berhenti (semasa itu melalui kawasan kampung yg gelap) untuk mengambil Panadol di but belakang!!

Akibat melalui jalan kampung itu, kereta Lang terkena paku...namun hanya beri kesan setelah tiba di KL (alhamdulillah). Akibat kejadian itu, Lang, Himitsu, Azhar & Jasz dapat pelajaran tentang tayar kereta..hehehe  sangat memberi erti..kelakar juga bila diingatkan!!

Kemudian pada pertengahan tahun 2011 iaitu awal bulan Mei, Lang,Azhar & Himitsu ke Pantai Timur Semenanjung pula! Setelah sekian lama merancang..barulah sempat melaksanakan.

Di Kuantan,Pahang, Kami disambut oleh bell-boy (x sesuai kot panggil BOY!) yang bernama Kamarul..amboi..speaking abis!! ..malangnye duit tips x dpt pun...ahaks!!! Kemudiannya kami sempat menikmati hidangan makanan laut yg segar di Tanjung Lumpur....sangatlah enak..sampai sekarang teringat!


disana kemudian kami bertemu mesra dengan Aslan..seterusnya sempat karaoke di Kuantan Mall!!

Keesokannya.. kami ke Terengganu...sebelum itu kami singgah di Mesra Mall...wahhh syok betul cuci mata di situ! Lang menumpangkan WanCuk dari situ sekaligus beliau menjadi tour guide..

Tiba di KT , kami singgah di Monumen Islam Pulau Wan Man...kami bertemu Nijae yang tiba dari kota Bharu...selesai disitu kami menginap di Primula beach..mak uihhh..ramai pula yg menginap tu!!

walau pun bermalam di hotel mewah berkolam renang & bersebelah dengan pantai..namun kami memilih untuk mandi sungai di Sekayu, Hulu Terengganu!! Di situ kami berkenalan dengan Raffi, Syukri, Peja & Shah..sempat berBBQ, bergurau ...dah macam kenal lama pula!!

Oleh kerana kemesraan itu memukau..kami memilih untuk melanjutkan percutian di Terengganu sehari lagi..
malam itu sessi karaoke diperhangat oleh tari menari dengan momentum dimulakan pada lagu Samrah Mentari (Lang & Himitsu) dan diakhiri oleh Hati Kama.

Sangat menyentuh rasa pertemuan di Kuala Terengganu yang langsung tidak dijangka....keesokkannya kami bertolak dari Terengganu setelah bertemu dengan Qimi; Polis hensem yang menjadi tumpuan petang di kedai ikan celup tepung di pinggir lapangan terbang Terengganu

Oleh kerana keseronokan di Terengganu itu..dijangkakan akan ada siri lawatan ke Terengganu sekali lagi nanti!!

Selesai di Pantai Timur, aktiviti diteruskan di Lembah Kelang. Lang berkenalan dengan Dafi (Bukit Jalil) yg merupakan kenalan Himitsu. Juga Shriz membawa anak buah PLKN berkaraoke di Alamanda, Putrajaya.
Kepenatan & kekurangan tenaga setelah berjalan jauh jelas memberi impak kepada persembahan karaoke & permainan boling...terutama kepada Lang!

Meskipun letih setiap kali berjalan jauh ..namun kepuasan tidak terhingga dapat dirasakan Lang setelah berkenalan dengan ramai kenalah baru serta merapatkan hubungan sesama kawan . Perancangan seterusnya ialah Sabah dan kemudian Sarawak...harap tercapailah cita-cita ini ...amin :)