Isnin, 30 Mei 2011

KaraK...tak sehebat sedutan / trailer!

Semalam Lang berkesempatan nonton  filem yang lama dinantikan ..filem seram pertama terbitan KRU Studios iaitu KaraK. Lang amat teruja setelah dipertontonkan dengan trailer sehebat Jangan Pandang Belakang (Ahmad Idham).

Menampilkan lakonan pelakon, pelakon baru seperti Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan juga Sidek Hussin. Kesuluruhan filem ni tak de la seram malah elemen cemas juga gagal menusuk ke hati Lang ni!!



plot cerita ni sebenarnya dah boleh dijangka...apatah lagi sudah hampir  seiras dengan filem Khurafat!!!

pun begitu terdapat kelemahan props yang mengundang tanda tanya...

~Kejadian pada scene pertama dikatakan berlaku pada 1983 (diperkuatkan lagi dipertengahan cerita dengan kalender 1983)...maka kehadiran Polis dengan Proton Saga bernombor WCTxxxx tu amat mengelirukan!! Proton Saga Polis hanya muncul pada 1984/85 ..selain itu kereta pada 1984 platnya bermula WAV ke bawah!!! bagaimana boleh nombor WCT plak??


~ Batu tanda Karak kelihatan ditampal kertas yg dicetak!!

~ gambar isteri orang Asli di cetak diatas bunting/ banner!!
~  kelihatan pelakon dilumurkan dengan ulat & cacing macam nak memaksa penonton berasa geli!!!
 *ada pula penonton yang mengatakan ulat tersebut ialah ulat pokok bukannya ulat mayat!!!??

~ sistem bunyi filem ini agak menghampakan...apatah lagi bukan ke KRU sememangnya terkenal dengan muzik &bunyian??  Dalam perkara ini Pontianak Harum Sundal Malam lebih mempunyai kelebihan!!


~kisah volswagen kuning dikatakan berlaku di Jelapang..bukannya Karak.. pun begitu, Lang tidak begitu mengetahui kisah antu kereta ni!!

~ mekap antu nenek tu kawan Lang kata macam muka Megatron- Transformer!!!??? OMG!!

di pertengahan cerita sehingga ke penghujung , mood seram mula hilang dan muncul pula rasa lucu ...ternyata penamat filem ini juga lucu!!!!

Pun begitu, Lang tetap suka antu kebaya ..."Enciekkk, boleh bantu saya Enciekkk"


Keseluruhannya , Lang berikan 3 bintang sahaja ...banyak lagi yg perlu diperbaiki untuk menjadi filem seram yang lebih meyakinkan.

4 ulasan:

  1. ermmm yelah agak terkilan juga dgn citer karak nie...mungkin expectation aku terlalu tinggi kot lebih2 lagi kisah karak ni kisah urban legend kan...ingatkan ada sesuatu yang baru dan segar yang akan dihidangkan pada penonton ttp ermmm...

    agak pelik gak sbb kawan2 si zura yang dah mati tu pun kena kacau dgn hantu gak ek...ha ha...
    rumah pak malam tu pun ada letrik gak ke terang benderang jer aku tgk....satu lagi apa kaitan kalung yang dipakai oleh zura tu? knp dia pakai? rasanya kalung tu tak perlu diwujudkan pun tak pe?ermm hantu kebaya dan hantu budak tu bersekongkol dgn hantu karak ke nak menyesatkan budak2 tu juga ha ha...

    tp part yang paling best bila hantu tu cakap lebih kurang mcm ni kot kalau tak silap...'kalau beriman kenapa lariiiiii..'huhu kalau aku mmg dah meremang bulu roma kalau di sound mcm tu...

    dan part yang paling mengesankan time si zura tu membacakan tafsiran ayatul kursi...betul juga kita baca je ayat tu tp tak memahami dan mendalami maksud tu....

    aku pun bagi 3 bintang bg filem ni

    BalasPadam
  2. Mitsu: yela.. banyak serabut sikit citer ni..nampak sangat macam memaksa penonton takut & rasa geli...hasilnya segalanya nampak artificial (tak asli) dan penonton pun x dapata appreciate filem ni..lau nak rate semula mungkin Lang bagi 1.5 bintang je kot..Syed Ali punya watak pun...mcm hamjad gak!!!

    BalasPadam
  3. ha ha makin rendah plak kau rate filem nie ye...tp ye la ramai yang kurang puas hati dgn film ni sbnrnya...plot citer yang agak longgar dan tahap keseraman yang tak meninggalkan kesan...

    harap2 ada la filem seram yang hebat yang mampu wat aku ketakutan pasni ha ha...feel tgk filem/citer seram zaman kecil2 dulu dgn skrg dah tak sama aku rasa....maybe persekitaran tpt aku tinggal dah berubah, kalau dulu masih dlm suasana hutan belukar dan sunyi dgn bunyi cengkerik di waktu malam, hatta nak balik mengaji pun takut walaupun beramai2 dgn adik beradik dan sepupu haha..tp skrg dah byk lampu2 terpasang dan keadaan sekitar pun dah semakin ramai penduduk

    BalasPadam
  4. mitsu > ye la...mcm citer Perjanjian Syaitan tu... :p hehehe

    citer seram paling takut masa kecik nak tengok ialah 'misteri rumah tua' ..yg noorkumalasari berlakon tu ngan citer 'sundal bolong'. pastu filem 'sumpahan pontianak' kot utk kategori filem itam putih.


    rasanya KRU ni kena banyak lagi kaji filem seram Melayu selain filem-filem asia lain untuk projek filem seram akan datang

    BalasPadam