Jumaat, 3 Jun 2011

Maaf kepada para guru dan para pelajar serta ibu bapa pelajar yerr..

Minggu ini bermulalah cuti sekolah.....


Hari bahagia buat para pelajar sekolah yang bercuti juga kepada guru-guru yang juga dapat menumpang untuk merehatkan minda dan jasmani mereka. Ibu bapa juga mengambil kesempatan untuk turut meraikan cuti anak- anak kesayangan mereka...ada gak yang tiba-tiba MC ...oppssss!!


Sekian ayat baik lagi sopan santun daripada Lang....


 *wink wink*


nak jerit dalam note D5 jap yer...

Arggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


*Hjh Deja Moss tumpang menjerit*


menci menci menci!!

Time cuti sekolah ini la semua tempat tumpuan menjadi sesak!!! Argghhhhh lagi!!

*Christina pun nak gak jerit *



Antaranya, jalan raya sesak, panggung wayang sesak,, kompleks beli belah penuh manusia, pusat peranginan full house, hotel - hotel juga penuh, juga harga jualan serta tiket dinaikkan dan nak cari tempat parking pun payah!!!
*hambek ko! mana nak lari???*




Satu hal lagi jemputan kahwin sana sini...yg ini ada lah yg ok dan x ok nye gak...yg bagusnya masjid terbina..yang x bestnya jalan ditutup sesuka hati, alat muzik memekak sana sini (yang volume-nya terlebih sudah) dan pastinya nak kena spend duit lebih sikit time tu!!lagi satu kalau ada 2-3 jemputan nak kena pilih gak yg mana lebih utama nak pegi...yelah zaman ekonomi gawat ni kan??

Pagi -pagi nak ke tempat keje dah tak jem..tapi bila time makan tengah hari..tu dia..kedai makan penuh aja!! KFC, McD pun penuh tak hengat!! alamatnya kena cari alternatif lain atau makan tengah hari bungkus saja la!!!
~Lang baru je terkena semalam..terpaksa bungkus bawak balik je makanan sebab kehabisan tempat duduk  :( 

Kejadian yg luar biasa ni dah normal pun time cuti sekolah ni...bagi yang bercuti , seronok la mereka yer...!!


Apa-apa pun , selamat bercutilah kepada yang bergembira dengan cuti tu...segala kata-kata ini hanya luahan hati dari Lang buat masa ini je yer... harap ampun kepada yg tak setuju atau terasa .

2 ulasan:

  1. nampaknya rakyat malaysia masih cukup makan sbb mcd kfc etc masih penuh ha ha walaupun harga barang minyak dan barang keperluan lain naik ( macam biasa dgr jer ayat nie )

    huhu selamat bercuti sekolah ye lang....

    zaman sekolah dulu time cuti sekolah la yang paling best sekali....mmg heaven sgt rasanya time bercuti...tp zaman aku dulu takde la nak pi melancong ke sana sini....tv pun takde ler nak pasang drama fantasi indon yang diulang2 khas time cuti or filem lawak senario tu....

    aku pun time cuti sekolah takde tgk tv sgt, byk wat aktiviti main2 dgn budak2 kg dan adik beradik...main galah panjang, rounders, polis sentri, baling botol, sembunyi ibu, kadang2 main batu seremban, monopoly, domino etc....huhu nostalgia dan meriahnya time2 tu....

    BalasPadam
  2. ko nampaknya amik kesempatan gak time cuti sekolah ni...yg ingat masa cuti ni masa kecik dulu ialah ALAM RIA CUTI SEKOLAH..mesti ada movie menarik macam Honey I shrunk the kids, Girl from tomorow, mighty ducks & byk lagi

    BalasPadam